Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung..Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Ia akhirnya ditangkap oleh Nabi Sulaiman dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.
----
Continue reading "Asal Usul DAJJAL"
Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah diri yang begitu dijaga supaya tidak dicemari oleh mana-mana pihak yang dianggap tidak bertanggungjawab. Apabila harga diri tercemar, kesan yang ditinggalkan begitu menyakitkan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari oleh diri sendiri.
Anda perlu bertanggungjawab menbentuk harga diri yang positif sekiranya anda jelas dengan matlamat anda. Jadikan cara-cara ini sebagai panduan dalam membantu memperingkatkan harga diri anda.
---
Mikro organisma mengawal dan menentukan sesuatu tanah itu sama ada ke arah kebaikan(regeneration) ataupun keburukan (degeneration) yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan, penyakit, pencemaran ataupun hakisan.Tanah regenerasi atau yang mengandungi banyak bakteria berfaedah menyumbang kepada perkembangan tumbuhan, kesihatan, hasil yang tinggi serta bebas penyakit dan serangga.Tanah tetap menjadi sihat tanpa perlunya tambahan bahan kimia pertanian. Sebaliknya berlaku apabila tanah di dominasi oleh bakteria patogen ataupun degenerasi. Dalam kes ini, keseimbangan mikroflora tanah tidak stabil dan bakteria yang menyebabkan penyakit mengambil alih ekosistem tanah.Tanah yang menggunakan bahan kimia pertanian seperti baja kimia ataupun racun kimia adalah tergolong dalam jenis ini (degenerasi) dimana kesuburan tanah menjadi buruk dan tanaman menjadi lemah serta mudah terdedah kepada penyakit yang disebabkan bakteria patogen.Dengan menambah bakteria berfaedah(EM), serta kehadiran bakteria berfaedah yang sedia ada dalam tanah, keseimbangan tanah dapat ditukar ke arah yang positif dan baik untuk perkembangan dan kesihatan tanaman.
-
Continue reading "Konsep Efektif mikro organisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos"
“Setiap kegusaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan sahaja menyebabkan kesedihan, malah ia satu petanda bahawa Allah SWT ingin menghapuskan dosa-dosa hambaNya di dunia dan menggantikan syurga di akhirat setelah dunia ditinggalkannya.”
“Dari Hadith Abi Said Al-khadri, Rasulullah SAW bersabda, Tidak ditimpa kepada seseorang Islam itu kepenatan, kesakitan, kebimbangan, kesedihan, kecederaan, kekecewaan sehingga duri yang lekat di kaki melainkan Allah SWT ingin menghapuskan dosa – dosa hambaNya di dunia. (Riwayat Al-Bukhari).”
Kegusaran adalah satu perasaan yang tidak tentu yang mempunyai pelbagai rasa. Ia tercetus dari rasa hati yang tidak tenteram seterusnya ditunjolkan kepada jasmani. Jiwa adalah batin yang perlu diubati supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada penyakit jasmani.
-
Continue reading "KEGUSARAN DALAM KEGAWATAN : Peristiwa ujian penuh keredhaan kepada Allah SWT."
Saudara budiman yang dirahmati Allah,
Tatkala mana Iradah Allah swt berkehendak untuk menjadikan di atas mukabumi ini khalifah, bagi memimpin dunia dan memakmurkan bumi. Allah swt telah menciptakan makhluk baru bernama Adam, manusia pertama dan bapa kepada semua manusia. Walau bagaimanapun kemampuan manusia untuk menjadi pemimpin dan memakmurkan bumi di persoalkan oleh para Malaikat. Lantaran ciri-ciri yang bakal ia miliki berbeza dari makhluk lain yang terlebih dahulu diciptakan oleh Allah swt, dikalangan para Malaikat dan Iblis.
(Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya").
Lalu Allah swt mengajarkan kepada Adam as ilmu tentang nama-nama benda dan kegunaannya, lantaran hanya dengan ilmu mereka mampu memimpin dan memakmurkan alam ini sesuai dengan kehendak Allah untuk menjadikan mereka khilafah di atas mukabumi.
Continue reading "Ilmu Sumber Kekuatan Rohani & Jasmani"
|